Fasha Sandha titip pesanan indah buat Elisya

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha akui bukan mudah untuk dia melepaskan adik bongsunya, Elisya Sandha untuk bergelar tunangan kepada Uzair Haqimy.

Dedah Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan,36, meskipun hatinya berat namun demi kebahagiaan adiknya, dia merelakan dan memberi restu hubungan Elisya dengan anak sulung kepada penerbit, Sheila Rusly.

“Melepaskanmu bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah (Fasha), Elisya masih lagi adik bongsu kami.

“Walaupun berat untuk kami, sejujurnya, apa sahaja yang akan membuatmu bahagia, kami turuti. Bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia,” luahnya.

PASANGAN ini merancang untuk bernikah tahun hadapan

Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan pesanan buat Elisya dan Uzair untuk saling menerima kekurangan dan kelebihan pasangan demi kebahagiaan bersama.

“Pesanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing-masing kerana manusia itu diciptakan Tuhan tidak sempurna, namun disebalik ketidaksempurnaan itu, Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.

“Selamat datang ke keluarga kami, Uzair Haqimy! Alhamdulillah, keluarga kami kini menjadi lebih besar. Syukur, alhamdulillah. Semoga, kasih sayang dan cinta kalian, kekal dan bahagia ke jannah,” katanya yang berkongsi luahan di Instagramnya.

Elisya dan Uzair mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu. Pasangan ini merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Artikel berkaitan: Elisya Sandha selamat bertunang dengan anak Sheila Rusly

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ernie Zakri, Zaki Yamani, Lan Solo antara artis bakal serikan pesta 20 tahun MBPJ

KEPADA semua warga Lembah Klang, bersedia untuk berkampung di Petaling Jaya pertengahan Jun ini! Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)...

More Articles Like This