17 kematian, 308 di ICU dan 4,571 kes baru

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Penularan baharu COVID-19 terus melaporkan kes yang tinggi apabila sebanyak 4,571 kes lagi direkodkan hari ini.

Selangor kekal menjadi penyumbang tertinggi angka baharu COVID-19 dengan negeri itu sahaja mencatatkan 2,056 kes hari ini.

Ini diikuti Johor dengan 664 kes, Kuala Lumpur (481 kes), Sarawak (270 kes) dan Sabah, 175 kes.

Perlis pula menjadi satu-satunya negeri mencatatkan sifar kes baru manakala kedua terendah, Labuan (1 kes), Putrajaya (20 kes) dan Kedah, 51 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 17 lagi kematian dilaporkan hari ini di seluruh negara dengan 308 individu positif dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut beliau, kes sembuh harian pula merekodkan 4,092, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan setakat ini ialah 48,771. 

“Daripada jumlah kes baharu itu, hanya tiga merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 4,568 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Sementara itu, kata Noor Hisham, 17 kematian yang dilaporkan hari ini membabitkan empat kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sarawak dan Sabah, dua kes di Johor dan Pahang serta masing-masing satu kes di Melaka, Kelantan dan Negeri Sembilan.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 826 kes,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This