Pemindahan wajah, kedua-dua tangan berjaya, lelaki AS dapat peluang kedua

Dari Penulis


NEW YORK – Seorang lelaki dari New Jersey mendapat peluang kedua untuk hidup normal selepas sekumpulan doktor di New York University’s (NYU) Langone Health berjaya melengkapkan pemindahan wajah dan dua belah tangannya dari penderma yang sama.

Ajaibnya, badan lelaki itu Joe DiMeo,22,  berjaya menerima bahagian tubuh pendermanya, sekali gus yang pertama di dunia.

DiMeo sebelum ini terbabit dalam nahas jalan raya pada Julai 2018 ketika berusia 19 tahun yang mengakibatkan badannya melecur hampir 80 peratus setelah kereta dipandunya meletup.

Berikutan itu, dia terlantar selama lebih empat bulan di Hospital New Jersey. Kemalangan itu membuatkannya kehilangan jari tangan, wajah terbakar dengan lidah dan kelopak matanya dibuang.

DiMeo selepas itu mendaftar namanya untuk mencari penderma wajahnya dan menjalani lebih 20 pembedahan membetulkan wajahnya yang rosak.

Selepas 10 bulan, DiMeo menemukan penderma di sebalik penularan Covid-19 dan dia menjalani pembedahan di NYU Langone Health pada 12 Ogos di sebalik hakikat peluang pembedahan itu untuk berjaya hanya enam peratus.

“Ini adalah hadiah sekali seumur hidup dan saya harap keluarga dapat membiasakan diri ‘hidup’ bersama bahagian badan penderma yang kini ada pada diri saya.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang kedua ini,” kata DiMeo yang dipetik The Guardian.

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 mengancam pembedahan itu sebahagiannya kerana pendermaan organ merosot pada awal bulan.

Selain itu, kebanyakan doktor terlibat Dalam pembedahan DiMeo ditugaskan ke unit kecemasan dan respon pandemik.

Ketua pembedahan, Dr Eduardo D Rodriguez bagaimanapun maklum doktor terlibat dalam pembedahan DiMeo adalah terlatih dan mahir.

“Di bilik bedah, kita mempunyai pasukan yang memastikan setiap prosedur dipatuhi tanpa mengambil risiko yang mungkin membahayakan pesakit.

“DiMeo merupakan calon sesuai bagi pembedahan ini kerana dia amat bermotivasi dan berdedikasi untuk mendapat semula hidupnua selepas kemalangan itu,” katanya.

Dalam pembedahan selama 23 jam itu, sebanyak 140 pakar penjagaan kesihatan bergelut untuk memastikan tisu tangan penderma dapat disambung dengan sempurna tanpa terputus bekalan darah.

Wajah DiMeo termasuk dahi, bulu Mata, telinga, hidung, kening, bibir dan dagu kesemuanya dipasang semula.

Sementara itu, DiMeo setakat ini tidak mengalami sebarang masalah berikutan pemindahan wajah tersebut.

Dia kini mahu mencari keluarga penderma dan mahu mengucapkan terima kasihnya kepada mereka.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This