Pemuda UMNO buat laporan polis isu buku Tommy Thomas

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan-dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menerusi buku tulisannya bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness.’

Laporan polis itu dibuat oleh Exco Pemuda UMNO, Muhamad Nur Aizat Noor Azam dan Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin di Balai Polis Jalan Travers, Brickfield, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Muhammad Nur Aizat berkata Pemuda UMNO melihat tulisan dan dakwaan bekas peguam negara di dalam bukunya itu sebagai semberono dan boleh mengundang pelbagai persepsi buruk terhadap masyarakat.

BERITA BERKAITAN: Buku Tommy Thomas : Bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara buat laporan polis

“Pemuda UMNO membuat laporan polis ini kerana melihat isu tulisan dan dakwaan Tommy Thomas itu adalah serius dan semberono. Tommy Thomas seharusnya malu terhadap dirinya sendiri dengan menghasilkan buku yang lebih kepada satira politik untuk mencari salah pihak lain dan cuba menutup kesalahan diri sendiri semasa menjadi Peguam Negara”, kata Aizat dalam kenyataannya kepada media hari ini.

Tambahnya, Pemuda UMNO juga menggesa agar Tommy Thomas segera disiasat serta menarik balik bukunya itu kerana dakwaan yang ditulis di dalam buku itu adalah sangat tidak bertanggungjawab dan bermotif jahat serta mempunyai agenda disebaliknya.

Dalam laporan polis itu, Aizat juga melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan melulu Tommy Thomas ke atas kakitangan Jabatan Peguam Negara yang boleh mendatangkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

BERITA BERKAITAN: Fitnah : Polis panggil Tommy Thomas susulan laporan Hanafiah

“Pemuda UMNO juga melahirkan kebimbangan terhadap dakwaan beliau yang telah dinafikan oleh pihak-pihak yang didakwa, sekaligus boleh menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat dan itu juga akan membawa kepada percanggahan fakta yang boleh mencalar imej badan kehakiman dan sistem perundangan negara,” katanya. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This