Reman ibu mangsa dera, bapa tiri dilanjut

Dari Penulis

MELAKA – Reman ke atas ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak lelaki tujuh tahun, yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya minggu lepas dilanjutkan tujuh hari lagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, tempoh tahanan reman pasangan suami isteri itu yang berakhir hari ini, telah dilanjutkan sehingga 12 Februari depan bagi melengkapkan siasatan.

“Perintah reman tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baca artikel berkaitan: Kanak-kanak mangsa dera selamat dikebumi di kampung keluarga kandung

Pada 29 Januari lepas, seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya yang masing-masing berusia 32 dan 38 tahun, di Taman Krubong Jaya di sini.

Kanak-kanak itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian pada kira-kira 4 petang, namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Jasin, kira-kira 12.40 tengah hari Isnin lepas.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This