Sudah ada tujuh laporan polis ke atas Tommy Thomas

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Tujuh laporan polis dibuat ke atas kandungan buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pada masa ini polis masih menjalankan siasatan terhadap setiap laporan yang dibuat berkaitan dakwaan Tommy itu.

Acryl Sani Abdullah Sani

“Sehingga pagi tadi, polis sudah menerima tujuh laporan di seluruh negara. Kita akan mengambil kenyataan semua pihak yang terbabit seperti dilaporkan untuk proses rakaman percakapan bagi melengkapkan siasatan.

“Pada masa ini, kita serahkan kepada pegawai penyiasat menjalankan tugas. Beri mereka masa untuk memanggil semua yang terbabit,” katanya.

Acryl Sani berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Sungai Besi, pagi tadi.

Baca artikel berkaitan: ’Saya buat laporan demi keadilan pihak dianiaya, difitnah, dihina’’- Apandi

Spycatcher, kerahsiaan, repot polis dan memoir Tommy

Menurut beliau, kertas siasatan yang sudah dilengkapkan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan, sebelum tindakan susulan dilakukan.

Kelmarin, bekas pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, membuat laporan polis di Cyberjaya, selepas mendakwa Tommy memfitnah dan memburukkan imejnya ketika beliau masih bertugas sebagai seorang pegawai kanan kerajaan.

Turut membuat laporan polis adalah bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul semalam, atas dakwaan yang sama.

Beberapa pihak lagi antaranya pertubuhan politik turut membuat laporan serupa ke atas Tommy selain tindakan saman sivil turut dimulakan ke atasnya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung fitnah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This