Jakim kongsi jumlah jemaah solat 5 waktu di 3 masjid, jangan terkejut tengok angkanya

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Bila dihadkan jemaah kepada jawatankuasa susulan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan lalu, ramai yang komplen.

Namun bila sudah diberi kelonggaran sehingga separuh kapasiti masjid mulai kelmarin, bilangan yang hadir untuk berjemaah boleh dibilang dengan jari pula.

Sedangkan kebenaran meningkatkan bilangan jemaah di Wilayah Persekutuan sehingga separuh kapasiti masjid bukan hanya untuk solat Jumaat.

Jika tidak semua pun, tetapi ini yang berlaku kepada tiga masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dua di Putrajaya dan sebuah di Kuala Lumpur iaitu Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abdidin dan Masjid Negara.

Berdasarkan perkongsian di Facebok Jakim, jumlaah jemaah untuk solat fardhu lima waktu semalam tidak sampai pun 10 peratus daripada kapisiti dibenarkan.

Ini berdasarkan rekod yang dicatatkan sepanjang Sabtu, 6 Februari dengan jumlah tertinggi untuk solat maghrib di Masjid Putra iaitu 29 jemaah berbanding had maksimum 400 jemaah.

Jakim dalam hantaran itu berkongsi statistik bilangan jemaah untuk ketiga-tiga masjid itu semalam.

“Tawaran istimewa untuk anda yang tinggal di Wilayah Persekutuan.

“Ayuh kita penuhkan kouta solat secara berjemaah di masjid-masjid dan surau di Wilayah Persekutuan. Jom manfaatkan peluang ini,” kata Jakim.

Baca artikel berkaitan: Lebih ramai boleh solat jemaah di Wilayah Persekutuan mulai esok

Alhamdulillah, masjid dan surau dibuka kembali

Hantaran itu pantas menarik komen netizen yang antaranya memberi beberapa sebab mengapa bilangan tersebut masih rendah.

“Sabtu, hari cuti. Lagi pun tiga masjid berkenaan bukan dalam kawasan perumahan. Insya-Allah bila orang kerja kembali pada hari Isnin, jumlah akan meningkat,” kata seorang pengguna Facebook.

Apa pun situasi, marilah sama-sama memanfaatkan peluang untuk berjemaah di masjid dan surau di negeri yang membenarkan. Insya-Allah.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This