Resipi rendang pucuk ubi yang mudah dan ringkas

Dari Penulis

Hari ini Saji ingin kongsikan resipi yang sangat terkenal di Negeri Sembilan iaitu rendang pucuk ubi. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN
2 ikat pucuk ubi
500 ml santan
5 ulas bawang merah – hiris nipis
3 ulas bawang putih – hiris nipis
1 keping asam gelugur
½ sudu kecil serbuk cili
½ sudu kecil serbuk kunyit
200 gm ikan bilis
Sedikit garam

BAHAN KISAR
20 tangkai cili padi
2 cm kunyit hidup

CARA
1.Satukan santan, bahan kisar, hirisan bawang merah, bawang putih, asam gelugur dan ikan bilis. Kacau rata di atas api sederhana.
2.Masukkan pucuk ubi dan kacau sehingga pecah minyak serta pekat.
3.Bubuh garam secukup rasa. Masak sehingga pucuk ubi garing dan kering.

Resipi : Datuk Cef Ismail, Restoran Rebung.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lebih daripada sekadar roti canai: Fatihah Frozen ajak pengguna teroka kreativiti kulinari

BERBEKALKAN azam untuk memartabatkan resipi warisan keluarga, Ketua Pegawai Eksekutif Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Hazirah Che Hasim terus...

More Articles Like This