“Terima kasih TMJ, wang sumbangan digunakan beli 500 tablet untuk pelajar” – Ebit Lew

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ebit Lew memaklumkan beliau menggunakan wang sumbangan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berjumlah RM200,000 baru-baru ini untuk membeli sebanyak 500 unit gajet.

Beliau berkata gajet berbentuk tablet itu akan diagihkan kepada 500 pelajar sekolah yang memerlukan untuk membolehkan mereka mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online.

“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya dalam hantaran terbaharu menerusi Instagram dan Facebook dan miliknya hari ini.

Pada 5 Februari lepas, Tunku Ismail berkenan menerima kunjungan Ebit dan menyampaikan sumbangan peribadi RM200,000 kepada pendakwah popular itu di Istana Bukit Pelangi di sini.

PERTEMUAN Tunku Mahkota Johor bersama Ebit Lew di Istana Bukit Pelangi, Johor, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk Johor. – UtusanTV

BERITA BERKAITAN: Polis tidak halang Ebit Lew laksana misi bantuan; Dadah RM201 juta dirampas, TMJ ucap syabas pada polis Johor


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This