Tiada perubahan format SPM 2020 – KPM

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan format peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 adalah kekal seperti sedia ada.

Sehubungan itu, LP KPM menegaskan laporan Sinar Harian berkaitan perubahan format peperiksaan itu pada masa hadapan menerusi laporan muka hadapan bertajuk ‘Wajah Baharu SPM’ adalah tidak benar.

LP KPM dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan yang pihak mereka tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung perkara tersebut.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LP KPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai,” kata kenyataan lembaga itu hari ini.

Kenyataan LP KPM itu merujuk laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Februari 2021 bertajuk “Wajah Baharu SPM” di muka hadapan, “SPM Bakal Dirombak” di muka surat dua dan “Peperiksaan Boleh Buka Buku” di muka surat tiga.

“LP KPM mendapati bahawa tajuk dan laporan akhbar Sinar Harian ini telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada calon peperiksaan SPM tahun 2020,” ujar kenyataan itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This