Muhyiddin ‘hadir’ rumah terbuka Tahun Baharu Cina secara maya

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menyertai sambutan majlis rumah terbuka yang dihoskan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang diadakan secara sidang video.

Walaupun hanya menghadiri secara dalam talian, Perdana Menteri dan isteri di dalam laman Facebook miliknya berkongsi gambar mereka berpakaian serba merah dan menggaul ‘yee sang’ bersama-sama tetamu maya yang lain.

Berikut kenyataan Muhyiddin di laman Facebooknya:

“Hari ini saya dan isteri berpeluang menyertai sambutan majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dihoskan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang diadakan secara persidangan video.

Lebih meriah, majlis yang dihadiri semua pimpinan Gerakan melibatkan Ahli Jawatankuasa Pusat, Wanita dan Pemuda diketuai Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai selaku Presiden itu turut disertai oleh pimpinan tertinggi parti di dalam Perikatan Nasional (PN) daripada PAS, STAR dan SAPP.

Saya ingin berterima kasih kepada Gerakan atas jemputan menghadiri sambutan ini yang saya anggap cukup meriah dan bermakna walaupun disambut secara dalam talian bagi disesuaikan dengan suasana norma baharu ketika negara masih berdepan pandemik COVID-19.

Dalam pesanan ringkas pada majlis itu, saya tegaskan bahawa pandemik COVID-19 telah memberi cabaran besar kepada Kerajaan dan rakyat, namun yakin kerja keras pimpinan negara serta kerjasama yang diberikan seluruh lapisan masyarakat ketika ini, Malaysia mampu untuk bangkit dan menjadi lebih gemilang pada masa akan datang.

Saya percaya kedatangan tahun baharu ini akan membangkitkan iltizam yang lebih jitu daripada rakyat, khususnya masyarakat Tionghua untuk bekerja lebih keras bagi memperoleh kejayaan atau kemenangan dalam apa juga cabaran yang dilalui.

Saya dan isteri kemudiannya menyertai tetamu lain menggaul ‘yee sang’, sejenis makanan tradisi Cina yang sinonim bagi masyarakat negara ini setiap kali tiba sambutan Tahun Baharu Cina.
Gong Xi Fa Cai!
Xin Nian Kuai Le!
Happy Chinese New Year.”

  • UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MONSTA cipta sejarah disenarai finalis WIPO Global Awards 2026

SYARIKAT animasi tempatan, MONSTA mencipta sejarah apabila disenaraikan sebagai finalis WIPO Global Awards 2026, sekali gus mengharumkan nama Malaysia...

More Articles Like This