Pembukaan sekolah, sidang media Dr Radzi Jidin jam 5 petang

Dari Penulis

Seluruh negara terutama pelajar dan ibu bapa bakal tertumpu kepada sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pukul 5 petang ini.

Ia berikutan sidang media itu mengenai pembukaan sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Jam 5 petang ini saya akan adakan sidang media berkenaan pembukaan sekolah bawah KPM.

“Ikuti sidang media ini secara langsung (di saluran televisyen dan online),” katanya menerusi Twitter beliau sebentar tadi.

Mengikut makluman sebelum ini, KPM akan memastikan pengumuman pembukaan sekolah akan dibuat sekurang-kuranya seminggu sebelum tarikh berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Bila buka sekolah akan dimaklum? Ini penjelasan Dr Radzi Jidin

sidang media

Pembukaan sekolah secara semuka yang dijadualkan sebelum ini ditangguhkan berikutan penularan semula COVID-19.

Hanya pelajar di tahun peperiksaan sahaja bersekolah secara semuka manakala yang lain mengikutinya pembelajaran secara inline di rumah.

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagaimanapun menimbulkan kesulitan bagi sebahagian ibu bapa dan pelajar kerana ketiadaan peranti dan masalah liputan internet.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This