Bila buka sekolah akan dimaklum? Ini penjelasan Dr Radzi Jidin

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Bila pembukaan sekolah bersemuka akan dimaklumkan?

Itu soalan yang sering bermain di minda ibu bapa dan pelajar selepas sesi persekolahan yang bermula 20 Januari hanya untuk mereka yang berada pada tahun peperiksaan utama sahaja.

Penangguhan sesi persekolahan bersemuka dibuat susulan peningkatan semula kes COVID-19.

Ia memaksa Kemententerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminda perancangan asal dengan pelajar bukan di kelas peperiksaan kini mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Dalam satu hantaran di Twitter beliau hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin mengulas soalan popular berkenaan yang diakui sering ditanya pelbagai pihak.

Namun dalam hantaran itu, Dr Radzi tidak menyatakan bila cuma beliau berkata, ia akan dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh pembukaan sekolah secara bersemuka.

Baca artikel berkaitan: Sekolah: Seluruh negara kelas online, bersemuka untuk SPM, STPM

“Ada yang bertanya tentang status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan.

“Seperti mana dinyatakan sebelum ini, pemakluman keputusan pembukaan semula sekolah secara bersemuka akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This