Sidang Parlimen kembalikan sistem semak, imbang kerajaan – MPN

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Langkah mengadakan sidang Parlimen dalam tempoh darurat dapat memberikan semak dan imbang dalam sistem demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan.

Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros berkata, beliau percaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merasakan sudah tiba masanya sidang Parlimen diadakan atas nama demokrasi itu.

“Saya percaya kalau mereka (kerajaan) rasa tanggungjawab hendak bercerita, hendak lihat apa yang baik untuk negara, masyarakat dalam Parlimen, berbincanglah.

“Jangan kata ada tanggapan kalau ada Parlimen akan ada usul undi tidak percaya,” katanya kepada UtusanTV.

Mengulas lanjut mengenai darurat, Dr Raduan berkata, jika dilihat dalam Perlembagaan negara, tidak ada satupun menyebut bahawa dalam tempoh darurat tidak boleh diadakan sidang Parlimen.

Namun katanya, beliau percaya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pendekatan sendiri untuk memilih pendekatan yang digunakan sekarang.

“Sepatutnya mana-mana kerajaan atau negara isytihar darurat, secara langsung kerajaan itu perlu ditukar kepada kerajaan sementara yang boleh mengemudi kerajaan semasa tempoh itu tapi ia tak berlaku.

“Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun bersetuju untuk membenarkan kerajaan sedia ada untuk meneruskan itu (pentadbiran), tidak apa kita terima tapi dalam masa yang sama kita juga ada sistem demokrasi yang nak lihat proses demokrasi semak dan imbang,” tambahnya.

Rabu lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara berkenaan termaktub dalam sub perenggan 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog, dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

*Saksikan video wawancara penuh UtusanTV bersama Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Ros menerusi segmen Berani Cakap esok pukul 8 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This