Dua dipercayai maut dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE

Dari Penulis

Sekurang-kurangnya dua dipercayai maut manakala dua lagi cedera parah selepas struktur kren tumbang lalu menghempap sebuah kenderaan berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Kuala Lumpur.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 pagi.

Seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlakunya kejadian melibatkan struktur besi Kren Launcher pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza,” lapor Astro Awani.

Antara mangsa terlibat merupakan pemandu kereta Bezza tersebut susulan kenderaannya dihempap besi kren berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

“Manakala tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut. Dipercayai dua mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.”

Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan

Ketika ini operasi menyelamat masih sedang dijalankan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This