Pemilik Facebook “Ramanaidu Ramanaidoo Joganidoo” didakwa hina Islam

Dari Penulis

SEORANG mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan membuat penghantaran komunikasi yang menghina agama Islam di laman sosial Facebook, dua tahun lepas.

J.Ramanaidoo, 60, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M. Edwin Paramjothy.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook melalui laman profil “Ramanaidu Ramanaidoo Joganidoo” dengan secara sedar membuat dan memulakan tiga penghantaran komunikasi berlainan yang palsu sifatnya, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain antara 6.24 pagi dan 7.25 malam, antara 5 Januari dan 31 Januari 2019.

Memetik BERNAMA, ketiga-tiga pautan itu kemudian telah dibaca di Kampung Sg Merali, Batu 4, Gombak di sini pada 5 petang, 27 Februari 2019.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-ketiga pertuduhan manakala lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan paling minimum dengan alasan perniagaannya ketika ini merudum dan dia hanya memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan.

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin untuk ketiga-tiga pertuduhan dan menetapkan 23 April ini bagi sebutan semula kes.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This