COVID-19 jejas persiapan SPR, Undi 18 lepas September 2022

Dari Penulis

UNDI 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan (2022) iaitu kira-kira 18 bulan dari sekarang.

Demikian tegas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merujuk kepada isu tersebut yang menjadi polemik baru-baru ini.

Sebabnya kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 telah menjejaskan persiapan Undi 18 dan pendaftaran automatik.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya harus bersikap realistik dengan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh PKP bagi mengekang penularan COVID-19.

Abdul Ghani Salleh memaklumkan PKP dan COVID-19 jejas persiapan SPR untuk laksana Undi 18 pada Julai seperti mana dirancang sebelum ini.

Secara tidak langsung, katanya, situasi sedemikian menjejaskan perancangan dan persiapan SPR menjayakan pendaftaran pemilih automatik serta Undi 18, yang sebelum ini sepatutnya dijangka dilaksanakan Julai depan.

“Justeru, pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 dijangka boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022 apabila menilai semula pelbagai kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan serta persiapan awal SPR.

“SPR komited dengan pelaksanaan kedua-dua perkara itu seperti diluluskan di Parlimen untuk direalisasikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), menjelang 2023 berpandukan Perkara 55 (3) Perlembagaan.

“Persiapan ke arah pelaksanaan itu masih berjalan dan dalam tindakan sewajarnya, termasuk gerak kerja seperti pembangunan sistem, semakan dan penyelarasan data, program libat urus susulan bersama agensi kerajaan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta persiapan lain yang berkaitan dengannya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin sayap pemuda termasuk Pemuda UMNO, MCA, PKR dan Pemuda Sosialis DAP menuntut kerajaan menyatakan pendirian mengenai status undi 18 tahun.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga meminta SPR menyatakan perkembangan pelaksanaan Undi 18.

Ia susulan kenyataan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim yang mendakwa negara belum bersedia melaksanakan dasar undi 18 tahun.

Baca artikel berkaitan: Jadi tak jadi Undi 18, Menteri KBS pula minta SPR jelaskan

Pemuda BN desak kerajaan jelaskan jadi atau tidak Undi 18

Sementara itu, berdasarkan rekod terkini pihaknya, Abdul Ghani berkata, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas ialah seramai 5.6 juta orang dan 1.2 juta daripadanya berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Jelas beliau, individu berusia 21 tahun dan ke atas yang layak mengundi tetapi belum membuat pendaftaran sebagai pemilih pula seramai 4.4 juta orang.

“Oleh itu, SPR menggesa rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas ini segera mendaftar sebagai pemilih secara dalam talian melalui mysprdaftar.spr.gov.my atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri atau pejabat pos berdekatan.

“SPR akan melancarkan sistem semakan pra-pendaftaran automatik melalui portal SPR pada Ogos ini, bagi membolehkan 5.6 juta bakal pemilih menyemak dan mengesahkan maklumat mereka.

“Kita juga sedang menyediakan satu laporan interim berhubung pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18. Ia dijangka dikeluarkan pada September depan,” katanya dalam kenyataan itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This