Enam pemancing hilang: Malaysia minta bantuan Indonesia, Vietnam

Dari Penulis

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan enam pemancing termasuk tekong yang dikhuatiri hilang di perairan Kemaman sejak Isnin lalu diteruskan dengan memohon bantuan pasukan penyelamat Indonesia dan Vietnam.

Enam mangsa yang terlibat dalam kejadian itu ialah tekong, Mohd. Hafizol Hisham Zakaria, 29, dan lima pemancing iaitu Mohd. Samerin Suhaimi, 29, Muhammed Hazim Luqman Zakaria, 19, Rosidi Mohamad, 22, Mohamad Shahrul Ainmie Abdullah, 19, dan Mohamad Zukarnain Mohamat Nor, 20.

Kesemua mangsa dikatakan pergi memancing ke laut dalam Isnin lalu dan dijadualkan pulang keesokannya namun gagal dihubungi pada petang Isnin menyebabkan keluarga membuat laporan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Baca artikel berkaitan: Bertindak ganas serang APMM, nelayan asing ditahan

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, inisiatif meminta bantuan itu adalah antara usaha dalam meneruskan pencarian sekiranya bot tersebut hanyut ke perairan negara jiran.

“Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) di Putrajaya telah memaklumkan kepada semua agensi menyelamat negara jiran iaitu Vietnam dan Indonesia dengan mengeluarkan notis mengenai kehilangan bot nelayan tempatan tersebut,” katanya seperti dilapor BERNAMA.com.

Mengulas lanjut, Rashidilhadi berkata, pencarian hari ketiga SAR pagi ini akan diteruskan dengan pertambahan lebih banyak aset dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin.

“Semalam, dua aset laut Maritim Malaysia iaitu kapal KM Pekan dan KM Gemia telah membuat pencarian di sektor 342 batu nautika persegi manakala pesawat udara AS365N3 Dauphin dari Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) telah melakukan dua penerbangan di kawasan 220 batu nautika persegi.

“Namun, op SAR yang berakhir pada 7 petang masih gagal ada sebarang petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan mangsa,” katanya menambah kawasan pencarian hari ini akan diperluaskan sehingga ke perairan Rompin dan utara Pulau Tioman di Pahang.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This