USAHA licik sindiket dadah untuk cuba menyeludup bahan kimia campuran bernilai RM15 juta melalui perairan Pengkalan Balak, Melaka berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Ia selepas pasukan APMM Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menghidu cubaan menyeludup bahan kimia campuran itu pada malam 1 Mei lalu.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, rampasan tersebut merupakan kejayaan terbesar direkodkan APMM Melaka dan Negeri Sembilan tahun ini.
Menurut beliau, kejayaan menumpaskan cubaan penyeludupan itu adalah hasil kerjasama Unit Risikan APMM negeri bersama Bahagian Perisikan Maritim (MIND) dari Ibu Pejabat APMM.
Katanya, operasi tersebut telah membawa kepada penemuan 15 kotak dibalut plastik hitam di pesisir Pantai Pengkalan Balak berhampiran Pusat latihan Perahu Layar di Melaka.
“Hasil pemeriksaan sekitar pukul 9.40 malam menemukan 179 botol cecair kimia yang digunakan dalam pemprosesan dadah sintetik.
Baca artikel lain: Polis, APMM buat siasatan dalaman insiden tembakan di Tanjung Rhu
“Nilai rampasan bahan ini bagi pasaran gelap dianggarkan bernilai hampir RM15 juta.
“Sekiranya menjalani pemprosesan, bahan ini berupaya menghasilkan lebih kurang 150 kilogram (kg) dadah sintetik yang dianggarkan mampu diedarkan kepada lebih 300,000 hingga 800,000 penagih,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Zawawi memberitahu, tiada tangkapan dibuat di lokasi penemuan bahan kimia campuran itu.
Beliau turut percaya penyeludup telah meninggalkan bahan tersebut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Mohd Zawawi berkata, kes berkenaan kini disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 kerana melibatkan bahan kimia terkawal yang disalahgunakan untuk penghasilan dadah berbahaya.
“APMM akan terus memperhebatkan rondaan, risikan dan kerjasama strategik dengan agensi keselamatan lain untuk membanteras jenayah rentas sempadan,” katanya.
Beliau turut menyeru komuniti pesisir dan para nelayan agar menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang aktiviti mencurigakan di laut melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim yang beroperasi 24 jam.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

