Jangan cakap perpaduan ummah kalau hanya tahu ‘memancing’

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“Jangan berbicara tentang perpaduan ummah dengan UMNO kalau yang tuan-tuan tahu hanyalah ‘memancing’ dan ‘mengutip’ sesiapa sahaja yang pantas meninggalkan perjuangan bangsa.”

Demikian tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Menurut Mohamad, golongan itu termasuk mereka yang selama ini tidak berhenti-henti menghina dan merendah-rendahkan orang Melayu.

Kata Tok Mat, golongan berkenaan sebenarnya anti perpaduan Melayu kerana tidak pernah memperjuangkan sebarang usaha perpaduan.

“Sehinggalah apabila nyawa mereka seperti telur di hujung tanduk, kelangsungan parti mereka menjadi begitu getir baharulah mereka mula tergagap-gagap bercakap tentang perpaduan bangsa.

“Lebih menjelikkan bila mereka yang meninggalkan PKR turut tidak malu mahu bercakap berkenaan perpaduan ummah. Sedangkan selama berpuluh-puluh tahun, perjuangan mereka tidak pernah sekali pun menjurus kepada kebaikan orang Melayu apatah lagi perpaduan ummah.

“Jadi kepada pemimpin serpihan parti Melayu yang baru setahun jagung usianya, usahlah tuan-tuan berbicara tentang perpaduan ummah dengan UMNO. Bila tuan-tuan sendiri tidak punya sebarang rekod menyatu-padukan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia,” katanya.

Baca artikel berkaitan: UMNO kena jadi induk, ni nak jadi anak ayam kenapa? – Tok Mat

Mengulas lanjut, Tok Mat turut memberi amaran kepada seteru politik supaya tidak mempersoalkan iltizam UMNO terhadap kepentingan ummah yang telah lama diperjuangkan.

Secara umum, kata Mohamad, perpaduan orang Melayu sebenarnya semakin mengukuh sejak UMNO dan Pas meneroka jalan perpaduan sehingga membuahkan pelbagai kejayaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lepas.

Namun begitu, beliau berkata, konsep perpaduan bangsa Melayu tidak seharusnya ditafsirkan dalam konteks politik semata-mata kerana jutaan lagi orang Melayu yang tidak menganggotai mana-mana parti politik.

“Jadi, seruan kepada perpaduan ummah mestilah dibaca dalam konteks yang lebih besar yang benar-benar bertujuan menyatukan semula orang Melayu merentas ideologi politik, merentas kepentingan kuasa dan status sosial.

“Ia mesti menjangkaui laba politik dan tidak menjadi sekadar strategi untuk menang dalam pilihanraya. Sedangkan nasib dan masa depan ummah belum tentu akan dipedulikan selepas itu,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This