“Rakyat sudah mual dengan orang politik, jangan sampai mereka buang terus semua” – Tok Mat

Dari Penulis

MALAYSIA kini sedang melalui krisis politik yang celaru dan tidak pernah dilalui sebelum ini dan tiada tanda-tanda keadaan itu akan berakhir segera, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata keadaan politik yang sangat terusik (severly disrupted) itu bukan disebabkan ledakan teknologi dan maklumat tetapi ledakan nafsu serta kegilaan terhadap kuasa dan kedudukan.

Katanya, semua keadaan itu mengundang kebimbangan yang sangat mendalam.

” Sekarang ini rakyat sudah mual dan jelak dengan orang politik. Jangan sampai rakyat Malaysia hilang segala kepercayaan serta muak dengan semua kita. Sehingga mereka membuang terus apa-apa sahaja idealisme yang ada,” katanya

Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO hari ini Mohamad berkata parti itu perlu mesti segera mencari penyelesaian kepada semua kecelaruan itu.

“Penyelesaian yang UMNO ketengahkan mestilah bukan sahaja untuk memulihkan kestabilan politik negara.

“Yang lebih penting, ia mesti memastikan kita mampu mengembalikan kepercayaan rakyat dari pelbagai kaum terhadap UMNO. Untuk menjadi induk politik yang kuat, UMNO mesti diterima dan disokong oleh semua Melayu dan Bukan Melayu,” katanya.

BERITA BERKAITAN UMNO kena jadi induk, ni nak jadi anak ayam kenapa? – Tok Mat

Peluang UMNO

Timbalan Presiden juga berkata keadaan krisis dan kecelaruan itu juga membuka peluang yang luas kepada parti itu untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.

“Rakyat telah menyaksikan kegagalan 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan (PH). Kini, rakyat sedang melihat pula ketidakcekapan dan kelembapan Perikatan Nasional (PN) menguruskan negara,” tambahnya.

Beliau berkata, walaupun UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan PN, namun peranan parti itu sangat terpencil dan tidak dominan dengan lebih banyak ‘duduk tunduk dari bangun menjadi induk.’

Katanya, senario-senario itu sebenarnya memberikan UMNO kesempatan unik untuk mengetengahkan semula BN sebagai kerajaan pilihan rakyat.

“Prestasi BN sebagai kerajaan selama 60 tahun adalah jauh lebih baik dan lebih berjaya. Belum nampak sebarang petunjuk bahawa kerjasama politik seperti PH mahupun PN, mampu menterjemahkan formula BN yang kita laksanakan dulu,” katanya.

Tanpa mahu mendabik dada menyatakan hanya pemimpin UMNO kita yang paling pandai, tahu semua perkara, Mohamad berkata, cuma melalui BN yang diterajui oleh UMNO mempunyai kelebihan tersendiri, yang telah terbukti.

Bagaimana hendak memerintah?

Mengenai persoalan bagaimana BN akan memerintah dengan hanya empat parti komponen, beliau berkata, UMNO dan BN adalah entiti politik yang hidup, dinamik dan progresif serta sentiasa terbuka dengan segala rumus baharu dalam politik.

“Demi masa depan Malaysia, UMNO melalui BN, wajib meneroka semua kemungkinan yang wujud untuk dimanfaatkan,” katanya.

Beliau berkata, berbekalkan keanjalan yang UMNO dan BN tersebut akan memungkinkan mereka untuk “memeta pembaikan politik”, atau “political correctness” yang baharu dan strategik.

“Telah tiba masanya untuk UMNO meneroka, jalan progresif dengan memikirkan percaturan serta pembaikan politik yang lebih sesuai zaman,” katanya.

Mohamad berkata, ada banyak cara dan jalan yang lebih baik untuk mencapai pembaikan politik tersebut tanpa mengorbankan moral dalam berpolitik.

“UMNO mesti memilih jalan yang lebih matang, unggul, diterima dan bermaruah. Jalan yang tidak membiarkan sesiapa berasa ditinggalkan, ditipu dan dikhianati,” katanya.

Beliau berkata, UMNO melalui BN akan bekerjasama hanya dengan mereka yang berprinsip dan diterima rakyat.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This