Peluang sertai program wakaf al-Quran sempena Ramadan bersama Yayasan Al-Moqni

Dari Penulis

YAYASAN Al-Moqni Malaysia (YAMM) akan melancarkan satu program berwakaf al-Quran sempena Ramadan tahun ini dengan menyediakan lebih 10,000 naskhah al-Quran untuk diagihkan kepada masjid, surau dan sekolah-sekolah berasrama di seluruh negara.

Selain itu, yayasan juga menyediakan 1,000 naskhah al-Quran khas untuk para pelajar tahfiz yang akan memulakan amalan bertadarrus mereka bermula pada malam 1 Ramadhan.

Pengerusi Yayasan Al-Moqni Malaysia, Firdaus Jaafar berkata, pihaknya telah menyediakan satu tabung wakaf al-Quran khas kepada pewakaf yang ingin memberi sumbangan wakaf yang boleh dilakukan dengan wakaf serendah RM10 bagi satu nama.

“Dengan adanya tabung khas ini, lebih ramai lagi berpeluang untuk memulakan ibadah wakaf yang pasti dijanjikan pahala yang berpanjangan dari Allah SWT.

“Yayasan Al-Moqni Malaysia telah memilih al-Quran cetakan siri ‘Raudhah’ terbitan Syarikat Sarjana Media, untuk pembacaan lebih tepat, mudah dan menarik.

“Kita juga akan meletakkan nama pewakaf di dalam Al-Quran supaya orang yang membacanya boleh mendoakan pewakaf itu,” katanya dalam majlis pelancaran wakaf Al-Quran di Queens College, Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir ialah Penasihat Pembangunan Yayasan Al-Moqni Malaysia, Datuk Hassan Saad.

Menurut Firdaus, di dalam setiap naskah al-Quran, sebanyak lima nama akan diletakkan di dalam halaman kita suci tersebut.

Jelasnya, peluang ini juga boleh digunakan oleh pewakaf untuk melipat gandakan pahala mereka terutamanya ketika di bulan Ramadan.

YAMM telah ditubuhkan pada tahun 2014 dengan tujuh orang pemegang amanah dan telah memulakan program wakaf al-Quran sejak awal tahun 2020 dan sehingga kini telah mewakafkan al-Quran kepada lebih 2,000 penerima termasuk saudara baru di pedalaman Sabah.

Mereka yang ingin menyertai program wakaf ini boleh melayari laman web: wakafquranperdana.com.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This