Datuk Seri Nicky dalam senarai Interpol, penguat kuasa melindunginya akan ditahan – Ayob Khan

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuat permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu mengesan ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee yang dipercayai terlibat dalam pelbagai sindiket haram.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis telah memohon menyenaraikan ahli perniagaan itu ke dalam senarai notis merah Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) bagi mengesannnya jika telah ke luar negara.

Katanya, suspek dipercayai mempunyai rangkaian kerja luas dan mendapat bantuan termasuk daripada pegawai, anggota penguat kuasa dan individu berpengaruh bagi mengambil kesempatan untuk berlindung atau menyusup keluar.

92 ditahan
Baru-baru ini , Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan 92 ditahan dengan 40 daripadanya ditahan di bawah SOSMA manakala Datuk Seri Nicky masih diburu berhubung siasatan jenayah komersial.

“Dia dipercayai masih bersembunyi di Lembah Klang.

“Namanya ada dalam senarai di semua pintu masuk sah dan tidak sah serta laluan tikus untuk memastikan dia tidak mengambil kesempatan menyusup keluar,” katanya pada media selepas program perbincangan ‘town hall’ (dialog awam) PDRM Johor di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, hari ini.

Katanya, seperti diumumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini, ramai ahli-ahli sindiket ‘Geng Nicky terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah telah ditahan dan ramai lagi akan diberkas selepas ini, termasuk pegawai penguat kuasa yang melindunginya.

BERITA BERKAITAN Polis Johor masih mengesan Nicky Liow, suspek dalang sindiket scam – Ayob Khan

“Prinsipnya sama seperti ketika kami mengadakan Op Benteng mengenai penyeludupan manusia baru-baru ini, yang mana seramai 24 pegawai dan anggota agensi penguatkuasa yang bersubahat ditangkap dan didakwa,” katanya.

Katanya, format yang digunakan sekarang juga adalah sama iaitu mereka akan ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) untuk dijalankan siasatan dan sebagainya.

“Tindakan ni tidak akan berhenti setakat itu sahaja, banyak lagi aset-aset sindiket yang kita belum rampas atau sita,” tambahnya.

Dalam dialog awam tersebut, selain memburu tokan-tokan dadah, Ayob Khan juga memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap para penagih dadah tegar yang terdapat di seluruh negeri ini dengan mengenakan dakwaan dengan hukuman lebih keras.

“Saya telah mengarahkan setiap balai polis daerah di negeri ini mengenakan dakwaan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 terhadap para penagih berulang yang ditahan buat kali ketiga,” katanya.

Katanya, ia merupakan langkah efektif dalam memerangi penyalahgunaan dadah dalam kalangan penagih tegar, yang dalam masa sama menunjukkan kesan baik terhadap pengurangan kadar jenayah di negeri ini.

“Mereka ini (penagih dadah berulang) jika disabit kesalahan, ia membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan tiga sebatan,” katanya. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This