Bekas wartawan Utusan jadi peguam, rancang buka firma guaman sendiri di Sungai Petani

Dari Penulis

DALAM kalangan media, nama Opat Rattanachot Aisin mungkin tidak asing kerana tidak ramai rakyat tempatan berketurunan Siam bertugas sebagai pengamal media di negara ini.

Namun anak Kedah tersebut kini mampu mencatat kejayaan membanggakan apabila beralih kerjaya dari hanya mencari berita kepada menjadi sumber berita apabila diterima menjadi salah seorang peguam di negara ini.

Opat merupakan antara empat orang yang diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya di Alor Setar, semalam.

Penerimaan masuk Opat, 42, disempurnakan melalui prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Dr. Arik Sanusi Yeop Johari.

Bekas wartawan tersebut meletak jawatan terakhirnya sebagai Penolong Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia pada November 2016 sebelum meneruskan pengajian bagi mengambil peperiksaan Sijil Amalan Guaman dan lulus pada 2019 untuk layak menjadi peguam.

Ditanya apakah merancang membuka firma guaman sendiri, beliau berkata kepada UtusanTV.com yang hasrat itu akan dilaksanakan dalam masa dua atau tiga bulan lagi di Sungai Petani.

BERITA BERKAITAN “Saya bukan kucing” peguam terhidupkan filter anak kucing semasa perbicaraan

Dalam prosiding hari ini, Opat adalah pempetisyen paling kanan dari segi usia yang diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara.

Terdahulu, peguam Md. Yusuf Md. Idris selaku pengusul memperkenalkan Opat dengan membacakan latar belakang beliau selaku pempetisyen.

Md. Yusuf dalam ucapan usul itu berkata, Opat yang merupakan etnik minoriti Siam di Malaysia meminati bidang undang-undang ketika bertugas sebagai wartawan di Sungai Petani, yang sering kali berpeluang membuat liputan dan mengenali rapat beberapa peguam di mahkamah.

“Bertitik-tolak daripada perasaan ingin tahu tentang bagaimana corak pemikiran seseorang peguam dan hakim, ia mendorong Opat mengambil keputusan melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens secara eksternal atau sambilan di Universiti Malaya (UM) pada 2002,” katanya.

Namun, beliau berkata, laluan dalam pengajian undang-undang tidak semudah kerana selain kesibukan tugas sebagai wartawan sepenuh masa, Opat juga mempunyai pelbagai kekangan termasuk komitmen dari segi keluarga, khususnya mempunyai seorag anak kecil ketika itu.

“Namun, berkat kegigihan dan usaha berterusan selama empat tahun, akhirnya pada tahun 2017, berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Eksternal) dari UM” katanya.

Katanya, pada Oktober tahun lalu pula, Opat menamatkan latihan dalam kamar di bawah kelolaan peguam Bun Liang di Tetuan Bun & Associates di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Selepas ucapan usul dibacakan Md. Yusuf dan tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara serta Majlis Peguam Malaysia, Bun Liang kemudian menyarungkan jubah kepada Opat.

Sementara itu, Opat yang juga siswazah Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dengan berbekalkan pengalaman dalam media massa dan gabungan pengetahuan dalam bidang undang-undang, beliau berazam akan terlibat secara aktif dalam membantu masyarakat

“Saya juga bertekad akan terus memainkan peranan sebagai seorang ‘wartawan rakyat’ dan pada masa sama menggalas tugas sebagai seorang peguam yang berintegriti tinggi serta penuh beretika dalam usaha meningkatkan lagi literasi undang-undang dalam kalangan orang awam,” katanya.

“‘Once a journalist, always a journalist’’ (Sekali menjadi wartawan, selamanya adalah wartawan), kata Opat.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This