Kes aktif Covid-19 meningkat, Tawau dikenakan PKP

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENINGKATAN kes aktif Covid-19 di Tawau, Sabah telah membuatkan daerah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu mulai esok hingga 16 April depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara kumulatif sebanyak 137 kes aktif telah dilaporkan sehingga kini melibatkan beberapa kluster di Tawau.

Pada masa sama, Ismail Sabri memaklumkan kadar kebolehjangkitan kes Covid-19 di daerah berkenaan juga tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di daerah Tawau, Sabah.

“Pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di lokaliti kes positif.

“Ia juga bagi mengawal pergerakan penduduk di daerah ini dan mengekang penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Hampir 50,000 pemeriksaan, hanya dua ingkar SOP PKP

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti melibatkan dua di Sarawak dan satu di Sabah selama dua minggu hingga 16 April depan.

Kata Ismail Sabri, PKPD di Sabah dilaksanakan di Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan dengan 33 orang didapati positif Covid-19 selepas KKM melaksanakan 290 ujian saringan sehingga kini.

Menurut Ismail Sabri, pelaksanaan PKPD di lokaliti tersebut adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes-kes disyaki Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” jelas beliau.

Sementara itu, lokaliti Kampung Baji, Sarikei dan Saungai Rassau, Batang Igan, Mukah, Sarawak turut dikenakan PKPD selama dua minggu.

Ismail Sabri memaklumkan, KKM mengesahkan berlaku kenaikan kes secara mendadak dalam tempoh lima hari dan sehingga semalam, sebanyak 20 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti Kampung Baji, Sarikei.

Bagi lokaliti Sungai Rassau, Batang Igan, Mukah pula, sebanyak tujuh kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti berkenaan daripada 43 ujian saringan dilaksanakan sehingga Khamis lalu.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti yang tinggi di lokaliti Sungai Rassau, Batang Igan, Mukah.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua lokaliti bermula 3 hingga 16 April 2021,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This