Biawak gergasi buat pelanggan 7-Eleven cemas

Dari Penulis

Seekor biawak yang dipercayai kelaparan bertindak “menerjah” sebuah kedai serbaneka 7-Eleven yang terletak berhampiran sebuah terusan di bandar Nakhon Patthom, Thailand, kelmarin.

Kehadiran Reptilia dianggarkan sepanjang 1.82 meter itu menyebabkan para pelanggan dan pekerja menyorok selepas melihat haiwan itu menghampiri salah satu rak di dalam kedai itu.

Rakaman video haiwan itu menjadi tular dengan jutaan orang menonton aksi ia memanjat rak sehingga menyebabkan barangan berselerak.

Agensi berita tempatan melaporkan kesemua pelanggan dan pekerja bertindak berlindung di sebalik kaunter ketika kejadian berlaku.

Baca artikel berkaitan: Haiwan terkorban akibat kebakaran dan Nasi Bajet RM2.00. Ini kisah G2G MAEPS!

Menurut laporan itu, salah seorang pelanggan terkejut selepas terserempak dengan haiwan itu ketika singgah untuk membeli minuman dan makanan.

“Haiwan ini ganas terutama apabila ia marah, jadi saya menjauhkan diri dan merekod kejadian itu dengan telefon saya,” kata pelanggan itu memetik laporan  Southwest News Service (SWNS).

Klik sini untuk video: https://www.instagram.com/p/CNX1nOBFi0g/?igshid=1m7zgd49rvopc

Tidak beberapa selepas itu, jabatan haiwan tiba di lokasi sebelum bertindak menangkap reptilia berkenaan dan melepaskan ia kembali di habitat asal.

Malangnya, haiwan itu langsung tidak dapat apa yang dihajati.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This