Ketua Penerangan Pas digesa jelaskan maksud pantun ‘biawak’

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari digesa menjelaskan maksud pantun ‘biawak’ yang dimuatnaiknya selepas Yang di-Pertuan Agong bertitah berkaitan kuasa prerogatif pengampunan diraja berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Antaranya, adalah Ahli Parlimen Kulai, Suhaizan Kayat yang menyifatkan hantaran Ahmad Fadhli itu sebagai biadab dan derhaka kepada Sultan.

Tegas beliau, hantaran yang telah ‘mengayam betinakan’ UMNO dan ‘membiawakkan’ mereka yang menghalang himpunan itu secara tidak langsung telah menggambarkan kekecewaan Ahmad Fadhli terhadap kebijaksanaan UMNO mengelakan perangkap Pas.

“Pimpinan Pas dinasihatkan usahlah derhaka pada Tuanku. Kuasa pengampunan di bawah kuasa prerogatif Agong, Pas tak perlu mengajar Tuanku membuat keputusan. 

“Banyak  ruang politik yang Pas boleh digunakan untuk bangunkan rakyat dan negara. Bukannya asyik nak tebuk atap sahaja,” katanya.

Dalam nada sama, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali turut menggesa Ahmad Fadhli menjelaskan maksud hantaran beliau.

Menurut Sheikh Umar, Ahmad Fadhli perlu jelaskan siapakah yang dmaksudkan ‘jantan berkokok nyaring’, ‘ayam betina’ dan ‘biawak’. 

“Apa yang sedang berlaku ialah, UMNO membatalkan hasrat berhimpun untuk solidariti Najib selepas titah Agong. 

“Jadi saya ingin tanya Ahmad Fadhli, adakah ‘biawak’ yang disebutkan merujuk kepada ‘YDP Agong’?,” soalnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah berkata, hantaran Ahmad Fadhli itu merupakan satu penghinaan terhadap institusi diraja.

Hal itu menurut Syed Hussein kerana ia seakan-akan menyamakan atau memperumpamakan haiwan terhadap Agong mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat keterlaluan walaupun dahagakan politik murahan.

“Umum maklum, pihak istana telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa peluang untuk memohon rayuan masih terbuka dan boleh dimohon semula.

“Bukankah kita sebagai rakyat malaysia berpegang pada prinsip Rukun Negara iaitu perkara kedua yang menyatakan ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ serta perkara empat ‘Kedaulatan Undang-Undang’.

“Jangan samakan parti UMNO dengan parti lain yang terlalu dahagakan simpati politik hingga sanggup menghasut agar rakyat tidak ada rasa hormat pada institusi beraja dan negara ini.

“Maka, saya ingin bertanyakan kepada Ahmad Fadhli berkenaan kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini adakah ianya betul atau tidak dan jika ianya berbau penghinaan, 1 laporan polis akan saya lakukan jika kenyataan tidak dikeluarkan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This