Kluster Teknologi Peramu Jaya sebabkan PKPD 5 kawasan di Pekan, Pahang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

Lima kawasan taman perumahan dan perkampungan di Pekan, Pahang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Ia ekoran peningkatan kes positif Covid-19 daripada pekerja kilang yang tinggal di lima lokaliti tersebut melibatkan Kluster Teknologi Peramu Jaya di daerah Pekan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lima kawasan taman perumahan dan perkampungan itu adalah Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD di kelima-lima kawasan tersebut akan dikuatkuasakan mulai esok sehingga 22 April depan.

Kata Ismail Sabri, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 495 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 67 kes positif Covid-19 telah direkodkan daripada kluster tersebut.

“KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lima kawasan taman perumahan serta perkampungan di Pekan, Pahang.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti ini dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiga lokaliti di Sabah, Sarawak ditamatkan PKPD

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan separuh daripada 64 individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) adalah melibatkan kegiatan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran.

Menurut Ismail Sabri, seramai 59 daripada jumlah keseluruhan yang ditahan semalam telah dikompaun manakala lima lagi direman.

Beliau berkata, kesalahan lain yang direkodkan semalam adalah melibatkan tidak memakai pelitup muka (19), gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (10) dan tiada penjarakan fizikal (tiga).

Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) kata Ismail Sabri, telah melakukan 65,329 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,635 pasukan pematuhan melibatkan 15,964 anggota telah membuat pemantauan di 4,573 pasar raya, restoran (5,980), kilang (2,280), bank (3,824), pejabat kerajaan (1,010) dan penjaja (2,773).

“Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,157), tempat ibadah (3,186), tempat riadah (1,794), terminal pengangkutan darat (1,429), terminal pengangkutan air (318) dan terminal pengangkutan udara (106),” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This