Kes terus tinggi: 2,331 jangkitan baharu, Selangor catat 751 kes

0
212
DR NOOR HISHAM ABDULLAH

JANGKITAN baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331 kes.

Jumlah berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini ialah sebanyak 372,859 kes.

Daripada jumlah berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan 751 kes menjadikan negeri tertinggi, diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

BERITA BERKAITAN

Jangkitan-jangkitan baharu di negeri-negeri pula 225 kes di Kelantan, Sabah (163), Pulau Pinang (116), Johor (100), Negeri Sembilan (89), Kedah (45), Perak (42) dan Pahang (20).

Sementara Melaka mencatat sembilan kes, Putrajaya (empat), Labuan (dua) dan Perlis (satu) manakala tiada kes baharu di Terengganu dalam tempoh 24 jam lalu.

Status Terkini #COVID19, 17 April 2021

Kes sembuh= 1,832

Jumlah kes sembuh= 352,395

Kes baharu positif= 2,331 (2,319 tempatan, 12 import)

Jumlah positif= 372,859

Kes kematian= 5

Jumlah kes kematian= 1,370

Kes dirawat di ICU= 225

Bantuan Alat Pernafasan= 92