10 lagi sekolah ditutup di Kedah akibat COVID-19

Dari Penulis

PENULARAN COVID-19 di Kedah yang tinggi ketika ini menyaksikan 10 lagi sekolah di beberapa daerah di negeri itu ditutup selama dua hari.

Keputusan ini dibuat bagi membolehkan kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Rozaini Ahmad berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma dan SMK Agama Kedah di daerah Kota Setar serta SMK Seri Badong di Kuala Muda, ditutup semalam dan hari ini.

Katanya, tujuh sekolah lain pula ditutup mulai hari ini dan esok.

“Sekolah terbabit ialah SMK St Anne’s Convent, SMK Jelutong, SK Tunku Abdul Malik, SK Sri Kulim dan SMK Sg Kob di Kulim.

“Dua lagi sekolah yang ditutup ialah SK Bukit Kiara dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Choong Hwa di Kuala Muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Hampir 100 sekolah ditutup di Selangor, P. Pinang

83 kluster Covid-19 libatkan sektor pendidikan sejak Januari

Sebelum ini, sebanyak 12 sekolah di Kedah telah diarah ditutup selama beberapa hari sejak dua minggu lalu.

Antara sekolah terbabit ialah SK Taman Uda, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pumpong, SK Dato Wan Mohd Saman dan SK Dato Wan Kemara di Kubang Pasu.

Selain itu, SK Haji Abdul Rahman di Pendang; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lunas; SK Junjong di Kulim serta Maktab Mahmud Baling dan SMK Baling.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This