Nak sangat bersesak, sekali dia bebel Korea campur N9, memang padu

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

KEGILAAN gelombang Korea atau Hallyu di Malaysia sejak sedekad yang lalu, sememang mencetuskan fenomena dalam kalangan rakyat negara ini untuk mempelajari bahasa negara K-pop itu.

Tidak ketinggalan untuk sama-sama mempelajarinya adalah Nura Ezzatie, 28, yang sekapal dengan demam Korea ini sehingga fasih bertutur hanya bermula dengan meminati lagu-lagu K-pop.

Semalam, Nura telah memuat naik satu video pendek menunjukkan dirinya berleter tentang kesesakan di sebuah pusat beli-belah di aplikasi TikTok dan apa yang menariknya, leterennya menggunakan bahasa Korea Selatan berselang-seli loghat Negeri Sembilan.

Tanpa disangka, video yang dimuat naik di akaun TikTok peribadinya itu telah menarik tontonan lebih setengah juta orang dalam masa kurang sehari.

Klik untuk saksikan video: https://vt.tiktok.com/ZSJAPDV7y/

Rata-rata pengguna aplikasi tersebut memberikan reaksi terhibur dan kagum dengan lagak Nura yang fasih menggunakan bahasa asing itu.

“hahahaha duo-duo den suko dongar, pandai beto ekau cakap korea yo osah boto,” tulis salah seorang pengguna, @farhananrl di ruangan komen.

“Sopan je time korea, smpai part nogori cam makcik bawang bebel hahahah,” tulis seorang lagi pengguna, @yumie di ruangan komen.

Ketika ditanya oleh UtusanTV, gadis yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini menjelaskan bahawa dirinya mula mempelajari bahasa Korea Selatan sejak berumur 17 tahun.

“Awalnya saya suka dengar lagu mereka sahaja, selepas itu saya mula berminat nak belajar bahasa ini (Korea) dan memang saya belajar sendiri sahaja.

“Bila lama-lama saya dah boleh faham bahasa Korea sikit-sikit, barulah saya mula menonton drama dan filem negara itu untuk mempelajari sebutan dan lenggok percakapan yang betul,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Terima pesanan dari jirat Cina, abang Foodpanda seram tunggu seorang diri

Nura turut menjelaskan bahawa sumber-sumber dan bahan-bahan untuk belajar bahasa tersebut hanyalah dari internet.

“Masa saya belajar bahasa ini, saya ada jumpa satu website yang dikenali sebagai talktomeinkorean.com. Website ini, dia bagi modul latihan yang boleh kita buat ikut peringkat bermula dengan peringkat satu hingga sembilan secara percuma sahaja,” tambah Nura.

Nura turut akui walaupun dirinya senang untuk mendapatkan bahan-bahan daripada internet untuk belajar bahasa ini, dirinya mengalami kesukaran kerana tiada kawan yang boleh berbahasa Korea untuk mempraktikkan bahasa tersebut.

“Apa yang saya buat ketika itu untuk berlatih, saya rakam diri saya bercakap dalam bahasa Korea, lepastu saya upload kat YouTube. Ketika itu, saya belum fasih lagi, jadi bila ada orang Korea atau orang yang boleh cakap Korea yang tengok video saya, mereka tolong betulkan,” katanya.

Anak kedua dari empat beradik ini juga pernah bekerja di sebuah restoran makanan Korea dalam bahagian pengurusan yang mana turut menjadi batu loncatan kepada dirinya untuk lebih menguasai bahasa Korea.

Kini, Nura sedang menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Antarabangsa untuk menjadi guru bahasa Korea.

Selain daripada bahasa Melayu, Inggeris dan juga Korea, Nura juga fasih berbahasa Arab selepas berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di sebuah universiti di Jordan selama empat tahun.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu terlibat kemalangan 2 kenderaan di Johor Bahru disahkan punya rekod rawatan psikiatrik

POLIS mengesahkan salah seorang pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru seperti tular di...

More Articles Like This