Buka segera kertas siasatan rasuah lompat parti – Asyraf Wajdi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDEDAHAN yang dilakukan Tan Sri Abdul Hamid Bador semasa sidang akhbar terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara, minggu lalu sememangnya tidak boleh dipandang remeh.

Lebih membimbangkan adalah kerana ia melibatkan amalan jijik rasuah yang didakwa berleluasa dalam dunia politik negara hinggakan wujud aktiviti melompat parti demi agenda serta kepentingan masing-masing.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bertegas supaya kertas siasatan berhubung isu tersebut segera dibuka demi memastikan budaya rasuah dapat dibanteras.

Pada masa sama, kata Asyraf Wajdi, keterlibatan agensi-agensi lain terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penting bagi menyiasat dan memanggil Abdul Hamid dalam usaha menyelamatkan negara.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan negara tidak lagi dibebani dengan imej kebankrapan integriti sehingga menjejaskan keyakinan rakyat dan kepercayaan pelabur.

“Pergerakan Pemuda UMNO seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap pendedahan yang dilakukan Abdul Hamid mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan politik.

“Dakwaan-dakwaan yang didedahkan adalah amat serius kerana bukan sahaja dibuat oleh bekas kepemimpinan tertinggi agensi keselamatan negara bahkan melibatkan aspek integriti kepemimpinan kerajaan dan kedaulatan negara,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘Saya masih ada harga diri, bukan biawak yang makan bangkai’ – IGP

Asyraf Wajdi turut memuat naik beberapa keping gambar Pemuda UMNO daripada bahagian seluruh negara membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Abdul Hamid yang dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis berintegriti telah membidas campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam pelantikan pegawai-pegawai polis dalam sidang akhbar terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara, Jumaat lalu.

Beliau turut menggesa SPRM supaya menyiasat amalan melompat parti yang berlaku secara berleluasa.

Bukan itu sahaja, Abdul Hamid turut mendakwa Hamzah telah masuk campur dalam menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman untuk tujuan karier politiknya.

Abdul Hamid, 62, yang menggalas jawatan selaku Ketua Polis Negara Ke-12 selama dua tahun menamatkan perkhidmatan Isnin lalu dan digantikan Timbalannya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Majlis serah terima tugas kepada Acryl Sani, 59, telah disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said di Bukit Aman, Isnin lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahu Menang Jongkong Emas Fizikal? Ini Cara Sertai Peraduan Ulang Tahun Ke-14 JustMarkets

PLATFORM JustMarkets mengumumkan pelancaran peraduan mega Great Anniversary Contest sempena sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-14.  Kempen gergasi yang menawarkan...

More Articles Like This