PKP: KL benarkan bazar Ramadan beroperasi hingga raya, walaupun Selangor bertindak sebaliknya

Dari Penulis

BAZAR Ramadan dan Aidilfitridi di Kuala Lumpur dibenarkan terus beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi dengan waktu terhad, walaupun negeri jirannya Selangor akan menutup semua bazar Ramadan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media hari ini mengumumkan peniaga bazar Ramadan dibenarkan beroperasi dari 3 petang hingga 8 malam setiap hari, sehingga Hari Raya bermula.

“Bagi mengelakkan kesesakan di bazar, bilangan pengunjung dalam satu-satu masa akan dikawal dengan menggunakan sistem kad bernombor.

“Sementara, bilangan pengunjung pula ditentukan oleh bilangan gerai yang didarab dengan tiga,” tambahnya.

Waktu operasi bazar Aidilfitri pula dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“Banyak peniaga telah membeli barangan stok untuk bekalan Hari Raya dan mereka perlu menjualnya,” katanya menyentuh mengenai bazar Aidilfitri.

BERITA BERKAITAN Sekolah ditutup, bazar Ramadan dihentikan operasi di Selangor

Beliau berkata, pihaknya berharap pengunjung bazar akan melakukan proses pembelian yang cepat dan tidak membawa kanak-kanak ketika mengunjungi bazar.

Semalam Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan semua bazar Ramadan di negeri itu akan ditutup mulai Sabtu ini berikutan pelaksanaan PKP di enam daerah negeri itu.

Beliau berkata, bagaimanapun, kerajaan Selangor memperuntukkan bantuan RM500 kepada 11,000 peniaga pasar Ramadan yang terjejas dengan penutupan itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This