Program World #QuranHour tarik perhatian masyarakat Islam seluruh dunia

Dari Penulis

DENGAN misi menggemakan Surah al-Mulk ke seluruh dunia, program World #QuranHour 1442H/2021 berjaya mencapai objektifnya.

Program tahunan itu telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dengan penyertaan umat Islam dari pelbagai peringkat dalam norma baru dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Program tersebut bertujuan untuk menyuntik semangat cinta kepada al-Quran dan kembali menjadikan al-Quran sebagai panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan sehari-hari, bukan sekadar dibaca malah perlu difahami dan diamalkan.

quranhour
Sebahagian daripada peserta-peserta membaca surah Al-Mulk pada Program World #QuranHour 2021 di Surau At Taqwa, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.

Program tersebut dipancarkan secara langsung di saluran media utama seperti Astro Oasis, TV alHijrah, Bernama dan RTM dan saluran media sosial Facebook seperti Sinar Harian, QuranHour dan TV alHijrah.

Program tersebut telah menarik penyertaan dari seluruh masyarakat Islam di seluruh dunia untuk bersama-sama membaca dan mentadabbur isi kandungan surah al-Mulk selama satu jam.

Program dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah oleh Ustaz Abdul Khair Jalil yang kemudian disusuli dengan bacaan surah al-Baqarah, bermula dari ayat satu hingga lima oleh Ustaz Ahmad Tirmizi Abdul Rahman.

Seterusnya slot dimulakan dengan penjelasan berkaitan sinopsis surah al-Mulk olehFazrul Fahmee Ismail, dan diikuti dengan bacaan surah al-Mulk ayat satu hingga lima oleh Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan ditadabbur oleh Hifdzi Zaim Zamri.

Dalam ayat ini ditumpukan kepada penghayatan terhadap tiga motivasi diri yang terkandung dalam surah al-Mulk yang dapat menyuntik motivasi diri kita agar lebih maju, lebih baik dan berjaya dalam kehidupan. Dan itu semua secara langsung menarik barakah Allah kepada kita.

quranhous
Sebahagian daripada peserta-peserta membaca surah Al-Mulk pada Program World #QuranHour 2021 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini.

Untuk bacaan ayat enam hingga 12, saudara Jalaludin Mohd Zaki memperdengarkan bacaannya yang ditadabbur pula oleh Ybhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar. Ayat ini mengingatkan kepada kita umat Islam tentang kesan sekiranya kita bersikap ingkar dan kufur kepada Allah S.W.T.

Seterusnya bacaan surah al Mulk ayat 13 hingga 17 pula dikumandangkan pula oleh Pencetus Ummah Amin serta disambung oleh Imam Muda Megat dari ayat 18 hingga 22.

Dalam ayat tersebut memperihal tentang enam persoalan dan enam jawapan dalam surah al-Mulk yang juga berupaya menjadi inspirasi serta pemangkin semangat bagi masyarakat Islam untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali ayat 23 hingga 30 disempurnakan bacaannya oleh Ustaz Mohammad Husaini Mahmur yang ditadabbur oleh Tuan Fazrul Fahmee Ismail yang menutup surah ini dengan kesimpulan dari keseluruhan surah yang dibaca. – UtusanTV

Sebahagian daripada peserta-peserta membaca surah Al-Mulk pada Program World #QuranHour 2021 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SPRM buka kertas siasatan isu pemindahan DAK ke Jepun

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan isu pemindahan tiga gajah Asia dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat...

More Articles Like This