Mayat wanita ditemui terbakar, pemandu lori didakwa bunuh

0
565

PADA 17 April lalu, mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Terengganu.

Kejadian disedari seorang tukang sapu ketika mahu memulakan tugasnya di lokasi berkenaan kira-kira 7.15 pagi sebelum ternampak asap di dalam semak berhampiran.

Kelmarin, polis mengesahkan mayat yang ditemui rentung itu adalah seorang wanita yang dilaporkan hilang hasil ujian DNA.

Hari ini, pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas pertuduhan membunuh wanita berusia 55 tahun itu.

Tertuduh, Badrul Hisham Mat Jusoh, 37, dari Bukit Payong, Marang mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Badrul Hisham didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntuukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Che Janiah Jaafar, 55, di Kilometer 16, Jalan Kelantan, Kampung Padang Air antara jam 9.30 malam hingga 7.15 pada 16 dan 17 April lalu.

Mangsa bunuh dalam kejadian 17 April lalu, Che Janiah Jaafar.

Baca artikel berkaitan: Bayi mati dengan kesan lebam dimulut, cedera di dubur, suami isteri ditahan membunuh

Bagaimanapun berdasar laporan BH Online, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Nordiana menetapkan 20 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram