Wang RM114 juta: Selepas 3 tahun sita, kerajaan gagal lucut hak

Dari Penulis

KIRA-kira seminggu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), mata seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada satu operasi di sebuah kediaman di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.

Macam-macam kotak termasuk wang tunai dibawa turun polis hasil sitaan dari premis itu yang disiasat berkaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Setelah tiga tahun kejadian itu, kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu yang didakwa milik UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018.

Memetik laporan Bernama.com, dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, pemohon gagal membuktikan wang berjumlah RM114,164,393.44 yang disita adalah hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, status quo wang berjumlah RM114,164,393.44 tidak diputuskan.

Baca artikel berkaitan: PDRM sahkan panggil suami, anak Dr Zeti kes 1MDB

Ini apabila hakim itu tidak mengeluarkan sebarang perintah sama ada wang berkenaan, yang kini berada dalam simpanan Bank Negara Malaysia (BNM) perlu dikembalikan kepada pemilik asal.

UMNO dan Najib merupakan pihak ketiga dalam permohonan itu.

Mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan ke atas barangan yang dirampas boleh hadir di mahkamah untuk mengemukakan alasan mengapa barangan itu tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Pada 2019, pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucut hak barangan merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44.

Peguam UMNO sebelum ini memberitahu bahawa wang tunai sebanyak RM114 juta yang disita oleh polis pada 2018 dari Pavilion Residences adalah milik parti itu dan pendakwaan gagal membuktikan bahawa ia mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam, Datuk Hariharan Tara Singh berhujah bahawa wang yang disita itu adalah sumbangan politik milik UMNO dan Najib telah mencari sumber serta menguruskan dana parti tersebut.

“Dalam laporan polis dan afidavitnya (Najib), beliau mengesahkan bahawa wang itu disimpan bagi pihak UMNO. Oleh itu, kami mempunyai kepentingan yang sah dalam menuntut wang tunai tersebut,” katanya Mac lalu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This