‘Kelepek’ wang zakat untuk diri sendiri, guru besar direman lima hari

Dari Penulis

WANG zakat dikutip oleh pihak berkuasa agama adalah bertujuan untuk diagih-agihkan kepada asnaf yang memerlukan, bukan untuk kegunaan sendiri.

Bagaimanapun, seorang guru besar sebuah sekolah rendah didakwa sanggup mempengaruhi Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolahnya untuk mengeluarkan wang zakat badan itu yang kemudian disalahgunakannya.

Akibatnya, penjawat awam itu ditahan reman lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes salah guna kedudukan bagi kepentingan diri.

Perintah reman sehingga 25 Mei ini dikeluarkan Majistret Nur Faizah Abdul Sani di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, lelaki berusia 54 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 9.30 pagi.

BERITA BERKAITAN i-Sinar KWSP wajib zakat jika penuhi syarat

Semalam, media melaporkan lelaki itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Klang pada 4 petang.

Menurut sumber, penjawat awam itu ketika bertugas di sebuah sekolah di Selangor telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi BKGP sekolah terbabit mengeluarkan wang sumbangan zakat dari sebuah bank berjumlah RM75,000 untuk bantuan anak asnaf.

Bagaimanapun, wang sumbangan zakat itu digunakan bagi kegunaan dirinya sendiri.

Difahamkan, lelaki itu kini bertugas di sekolah lain di negeri ini.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan memaklumkan kesalahan disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This