7 pegawai perubatan didakwa terlibat rancangan pembunuhan Maradona

Dari Penulis

TUJUH pegawai perubatan sedang disiasat kerana didakwa terlibat dalam rancangan pembunuhan legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona pada November lalu.

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana serangan jantung di kediamannya di Tigre, Buenos Aires pada 25 November tahun lalu, dua minggu selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak.

Pejabat pendakwa raya di Argentina memohon kepada hakim agar tujuh individu berkenaan tidak dibenarkan keluar dari negara itu.

Menurut ESPN. tujuh individu berkenaan termasuk pakar bedah Maradona, Leopaldo Luque; pakar psikiatri, Agustina Cosachov dan pakar psikologi, Carloz Diaz.

Kesemua tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 25 tahun jika didapati bersalah.

Berikutan kematian legenda tersebut, satu siasatan telah dijalankan mengenai punca kematiannya sehingga tujuh individu tersebut dihadapkan ke mahkamah,

Pihak mendakwa telah mendapatkan pandangan daripada satu lembaga perubatan yang mengkaji tindakan pasukan perubatan Maradona bagi menentukan bagaimana pihak tersebut menangani keadaan.

Lembaga perubatan mendapati bahawa pasukan perubatan Maradona bertindak dengan ‘tidak sesuai, kekurangan dan melulu’ dalam menguruskan keadaan kesihatan Maradona.

Perbualan dirakam antara doktor dan rombongan Maradona juga menunjukkan bahawa Maradona tidak dirawat dengan baik sehingga kematiannya.

Dua jururawat, seorang penyelaras jururawat, seorang doktor dan seorang psikologi yang merupakan antara pasukan perubatan juga didakwa dalam kematian Maradona.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This