JABATAN Peguam Negara (AGC) mengarahkan kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk siasatan selanjutnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Keputusan itu dibuat AGC berpandukan hasil laporan siasatan yang dibuka oleh PDRM ke atas kematian Allahyarham Syamsul Haris pada hari ini.
“Jabatan Peguam Negara telah ditaklimatkan hasil laporan siasatan yang dibuka oleh pihak PDRM ke atas kematian ahli Kadet PALAPES, Syamsul Haris Shamsudin pada hari ini 2 Disember 2025.
“Setelah ditaklimatkan dan meneliti hasil laporan siasatan tersebut, Jabatan ini telah mengarahkan kes kematian ini diklasifikasikan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] untuk siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: 6 ADUN Dilantik, 17 Pembantu Menteri Sabah angkat sumpah hari ini
Terdahulu, AGC mengesahkan siasatan berhubung kes kematian Syamsul Haris masih diteruskan oleh pihak polis bagi memenuhi beberapa arahan yang telah dikemukakan jabatan itu.
AGC dalam satu kenyataan sebelum ini merujuk kepada laporan media bertarikh 28 November 2025 bertajuk ‘Keluarga gesa AGC bertindak selepas bedah siasat dedah punca kematian Syamsul’.
Menurut jabatan itu, pihak polis meneruskan siasatan berdasarkan arahan lanjut yang diberikan dan laporan penuh dijangka dirujuk kepada AGC dalam masa terdekat sebelum tindakan susulan diambil.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

