Enggan pakai pelitup muka, remaja ancam tembak, bunuh kru kabin

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

BILA mabuk bermacam-macam perkara di luar kawalan akan terjadi dan kebiasaan ia akan mengudang padah dek kerana tidak sedar apa yang berlaku.

Itu yang dilalui seorang remaja berusia 19 tahun selepas mengancam akan menembak dan membunuh kru kabin sebuah pesawat selepas diarahkan untuk memakai pelitup muka.

Akibatnya, Kieran Harris, 19, dijatuhi hukuman penjara 12 minggu oleh sebuah mahkamah di Manchester selepas didapati bersalah.

Ketika kejadian, Harris dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol semasa menaiki penerbangan Easyjet dari Alicante, Sepanyol ke Manchester, United Kingdom.

Remaja itu mendakwa dirinya mengenali orang-orang penting dan tidak takut dengan polis.

“Saya akan bunuh awak. Bawa teman lelaki awak ke sini, saya akan bunuh dia juga. Saya pernah bunuh orang, dan saya akan bunuh awak juga,” kata Harris kepada kru kabin Caroline Callaghan.

Remaja itu kemudiannya berpaling kepada seorang lagi kru kabin, Dorota Kazimierczak dan memintanya untuk melakukan seks oral apabila diminta memakai tali pinggang keselamatan ketika pesawat ingin melakukan pendaratan.

Harris yang berasal dari Gartson, Liverpool telah diminta untuk memakai pelitup muka sebanyak empat kali sepanjang penerbangan tiga jam itu.

Harris kemudiannya telah dibawa keluar daripada pesawat oleh pihak polis setelah pesawat EasyJet yang membawa 177 penumpang dan anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Manchester.

Baca artikel berkaitan: Mayat lelaki ditemui mereput di dalam patung dinosaur gergasi

Dalam kenyataan yang diberikan oleh Caroline kepada pihak polis, dia mengatakan bahawa dia tidak pernah mengalami situasi sebegitu sepanjang empat tahun pengalaman bekerjanya sebagai kru kabin pesawat.

“Dia sangat agresif kepada ramai orang serta sukar untuk dikawal dan saya ketakutan. Saya sangat lega dengan bantuan yang diberikan oleh kapten pesawat serta pihak polis.

“Situasi tersebut sangat sukar untuk dikawal. Saya tidak tahu jika dia di bawah pengaruh alkohol atau dadah kerana mulut dia berbuih,” ujar Caroline.

Mahkamah turut mengarahkan Harris untuk membayar ganti rugi kepada Dorota sebanyak 250 euro (RM 1,262)

Menurut laporan The Sun, pendakwa raya, Tess Kenton mengatakan Harris yang diarah membayar ganti rugi sebanyak 250 euro (RM 1,262) kepada Dorota tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Peguam bela Harris, Georgia Maudsley menyatakan anak guamnya minum alkohol untuk menenangkan dirinya yang sentiasa mengalami kegelisahan untuk terbang di dalam pesawat.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This