Projek perintis vaksinasi trak bergerak di ibu negara

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BAGI memudahkan orang ramai untuk memperoleh vaksin sekali gus memutuskan rantaian penularan COVID-19, kerajaan akan melaksanakan program trak vaksin bergerak di Kuala Lumpur.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya telah pun mengadakan perbincangan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai pelaksanaan program berkenaan.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan kepada kawasan tertentu di Kuala Lumpur yang menjadi kawasan penularan wabak berkenaan.

Buat masa ini, kata Khairy, satu projek perintis bagi trak vaksin bergerak akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“Kita akan mulakan satu projek perintis di projek perumahan rakyat (PPR) dan tapak pembinaan yang masih beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita laksanakan dahulu projek perintis sebelum putuskan sama ada dapat melakukannya pada skala lebih besar,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Hampir tiga juta dos vaksin telah diberi – Dr. Adham

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mingguan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan, Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan sebanyak 30 trak bergerak bagi program vaksinasi berkenaan.

“Saya difahamkan sebanyak lebih 100 dos vaksin dapat diberikan bagi setiap trak,” kata beliau lagi.

Mengulas mengenai perolehan vaksin terkini, Khairy memberitahu, sebanyak 444,600 dos Pfizer akan tiba minggu ini sekali gus menjadikan jumlah yang telah dan akan dihantar adalah sebanyak 3.196 juta setakat ini.

Bagi Sinovac, kata beliau, sebanyak 668,520 dos yang telah dibotolkan dengan kelulusan Lot Release akan diterima dalam minggu ini.

Beliau berkata, pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga sedang melaksanakan ujian terhadap vaksin CanSino.

“Pihak CanSino telah membekalkan jawapan kepada semua soalan dan maklumat yang diperlukan minggu lalu. Penilaian sedang dibuat dan kita pun dah minta untuk dipercepatkan.

“Bagi vaksin Sputnik V pula, Dr. Adham akan menandatangani perjanjian dengan Duopharma dengan penilaian akan terus dibuat oleh NPRA.

“Sama juga dengan vaksin Johnson & Johnson yang sedang diteliti oleh NPRA,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua rentung di DUKE, BMW 328I Sport dipercayai dipandu laju hingga hilang kawalan

SEBUAH kereta jenis BMW 328I Sport yang terbabas sebelum terbakar dalam nahas di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) hingga mengakibatkan...

More Articles Like This