PENYEDIA e-dompet rasmi program eBelia, ShopeePay mengata kira-kira 500,000 telah melakukan tuntutan kredit e-dompet bernilai RM150 pada hari pertama program itu dilancarkan semalam.
Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, selain kredit bernilai RM150 yang disediakan pihak kerajaan, pihaknya turut menambah bauca bernilai RM500 menjadikan jumlah keseluruhan ganjaran yang diterima adalah RM650.
Katanya, baucar-baucar tambahan yang bernilai RM500 itu direka khas untuk menawarkan penjimatan yang lebih tinggi bagi golongan belia.
“Ia meliputi produk seperti alat pembelajaran, barangan keperluan rumah serta barangan runcit.
“Antara baucar yang diterima termasuk daripada pengedar sah rasmi Apple, Switch, JBL, MR DIY, Tesco, L’Oreal dan Prabayar YES,” katanya dalam satu kenyataan hari ini dan menambah pihakya juga akan memberi baucar penghantaran percuma, pulangan syiling Shopee serta baucar ShopeePay Deals Near Me.

Program eBelia dibuka untuk pendaftaran kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2021, atau pelajar sepenuh masa yang berdaftar dalam kursus setaraf dengan diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.
Baca artikel berkaitan: Lebih 100,000 perusahaan MSME kini di platform digital
Ujarnya, peluang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan adalah selari dengan usaha berterusan pihaknya bagi mengembangkan lagi ekonomi digital di negara ini.
“Kami percaya program ini akan memainkan peranan yang lebih besar untuk menjana aktiviti ekonomi dan jualan bagi para peniaga tempatan secara serentak,” katanya.
Selain daripada ganjaran tunai lumayan, 20,000 penuntut eBelia ShopeePay pertama akan menerima pulangan tunai tambahan sebanyak RM5 dengan pembelanjaan minimum RM10 apabila mereka mengimbas kod QR DuitNow e-dompet atau Bank lain untuk membuat pembayaran.
ShopeePay kini terdapat di 750,000 titik sentuhan di seluruh negara dan boleh digunakan untuk membuat pembayaran di stesen minyak, kedai makan, pasar raya besar, kedai serbaneka, farmasi, kedai buku dan banyak lagi.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

