Lebih 100,000 perusahaan MSME kini di platform digital

Dari Penulis

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac tahun lalu telah membuka peluang kepada lebih 100,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan (MSME) beralih ke platform digital.

Shopee dalam satu kenyataan berkata, ia berjaya dilaksanakan hasil kerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, persatuan dan penglibatan kerajaan negeri.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, hasil kolaborasi-kolaborasi yang bermanfaat ini menunjukkan kerjasama antara sektor awam dengan entiti swasta seperti Shopee boleh membawakan kesan dan impak yang ketara kepada ekonomi digital Malaysia.

Katanya ia terhasil dengan menggabungkan maklumat yang relevan dan dana untuk penjual daripada rakan kongsi, disertakan dengan rangkaian perkhidmatan dan ciri bersepadu seperti logistik, pembayaran, aliran Shopee Live dan kursus percuma Shopee University.

“Ia telah dapat membantu MSME tempatan menjana pendapatan alternatif demi menyokong kehidupan mereka,” kata kenyataan itu.

Namun menurut Ian (gambar kecil), usaha-usaha tersebut harus diteruskan untuk membawa impak yang lebih hebat, walaupun pandemik Covid-19 telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital.

Sumbangan transaksi atas talian di Malaysia dianggarkan berjumlah 7% daripada jumlah jualan runcit negara pada tahun 2020.

Ujarnya, jumlah tersebut dianggap kecil apabila dibandingkan dengan peratus anggaran antarabangsa iaitu 16%, manakala negara seperti China hampir mencecah 40%.

“Kami perhatikan digitalisasi bagi sektor runcit masih berada di tahap awal tetapi kami bertekad dalam merealisasikan potensi ekonomi Malaysia dengan infrastruktur yang kukuh dan persekitaran perniagaan yang kondusif,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Google, Astro Awani bersama pacu peniaga kecil beralih ke digital

Dengan pelaksanaan PKP 3.0 di Malaysia untuk mengekang kenaikan jumlah kes COVID-19, kini para penjual lebih bersedia untuk menghadapi cabaran yang berkait, kata Ian.

“Untuk menarik perhatian pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian ke kedai mereka, para penjual dan jenama-jenama bekerjasama dengan Shopee bagi menawarkan para pengguna penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM6, diskaun 66% serta baucar harian dan banyak lagi semasa 6.6 Jualan Hebat yang akan bermula pada 25 Mei”.

Dengan sejumlah 16 juta Syiling Shopee untuk dimenangi, para pengguna boleh mengumpul lebih banyak Syiling Shopee bagi menikmati lebih penjimatan, melalui permainan seperti Shopee Farm, Shopee Spin & Win dan Shopee Shake – Battle Mode. Selain itu, Shopee Vote & Win akan menghiburkan para pengguna dengan peluang mengundi untuk hadiah kegemaran mereka seperti Sony PS5 atau pembersih vakum Dyson, dan juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.

Pada Jualan Hari Gaji (25 Mei) dan 6.6 Jualan Hebat (6 Jun), pengguna Shopee boleh menantikan Limited Time Vouchers, slot tambahan Jualan Kilat Shocking Sale, Super Brands Spotlight serta diskaun yang lebih menarik.

Pada 6 Jun, para pengguna boleh menyaksikan Shopee 6.6 Awesome Show dari pukul 9 malam di  Shopee Live, TV3 atau Tonton.

Rancangan ini akan menampilkan pelbagai tawaran menarik 6.6 daripada jenama-jenama kegemaran, baucar eksklusif semasa sesi 6.6 Awesome Voucher Drop, 6 juta Syiling Shopee untuk dimenangi serta banyak lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Shopee 6.6 Jualan Hebat dan bagaimana anda boleh menyokong para penjual serta jenama-jenama ini, layari https://shopee.com.my/m/6-6.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This