TUJUH saksi sudah dipanggil berhubung kes ibu seorang selebriti popular yang dikatakan mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi akaun Instagram miliknya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tujuh individu itu merupakan kesemua saksi dalam kes berkenaan dan mereka selesai memberi keterangan baru-baru ini.
Menurut Arjunaidi, ketika ini pihaknya sedang menunggu laporan teknikal berhubung kes itu sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan.
“Kesemua (tujuh) saksi sudah diambil…kita tunggu laporan teknikal dan kes ini akan dirujuk ke pihak pendakwa raya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan kes itu dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Pekerja ibu Neelofa tampil perjelaskan hal sebenar – “Tersilap muat naik…”I
bu Neelofa lapor polis, mohon maaf kepada Sultan Johor
Polis dilaporkan menjalankan siasatan berhubung satu paparan di akaun Instagram milik ibu seorang selebriti popular yang didakwa mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Siasatan dijalankan selepas ibu selebriti yang berumur 54 tahun itu, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 5.44 petang, Ahad lalu.
Kes itu juga sebelum ini disiasat oleh polis Kuala Lumpur namun kemudian diserahkan kepada polis Selangor selepas mendapati insiden berkenaan berlaku di negeri berkenaan.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

