RM10,000 jadi rebutan Kejohanan MLBB THQ Stay At Home

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBANYAK RM10,000 wang kemenangan terkumpul bakal menjadi taruhan peserta Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) THQ Stay At Home bermula esok sehingga 13 Jun depan.

Pengasas dan Pengurus Pasukan THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin (gambar) berkata, kejohanan berkenaan mengumpulkan seramai 256 pasukan dengan jumlah peserta melangkaui 1,500 orang.

Menurut beliau, penyertaan yang dibuka awal minggu lalu terpaksa ditutup hanya selepas sehari kerana menerima sambutan menggalakkan daripada pemain-pemain MLBB.

Lebih menarik, kata Aimanhaq, tiada yuran penyertaan dikenakan kepada setiap pasukan yang menyertai kejohanan tersebut.

“Kejohanan MLBB THQ Stay At Home ini merupakan tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dalam memastikan seluruh rakyat negara ini agar terus kekal berada di rumah dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan penganjuran kejohanan secara dalam talian, diharap dapat membantu memastikan usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dapat dilakukan dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Malaysia Esports Series 2021 cipta dimensi baharu

RM100,000 jadi taruhan Malaysia Esport Series 2021

Mengulas lanjut, Aimanhaq berkata, pertandingan itu turut dijayakan bersama oleh La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy selaku penaja kejohanan.

Beliau berkata, lapan pasukan terbaik dari pusingan kelayakan akan layak ke pusingan Playoff yang dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 13 Jun.

Katanya, peminat MLBB juga boleh menyaksikan aksi terbaik yang disajikan pemain secara maya di Facebook rasmi Team Haq Esports Club.

“Objektif utama THQ dan penaja adalah untuk bersama-sama kerajaan mengajak anak muda, belia dan masyarakat untuk kekal berada di rumah dan mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat.

“Bersama kita kekal di rumah untuk membantu negara mengekang penularan pandemik COVID-19,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This