Frontliner pun kena scam, jururawat hilang RM94,000 ditipu ‘pegawai LHDN’

Dari Penulis

MEMANG penjenayah tidak mengenal mangsa. Asal ada peluang, mesti mereka mencuba nasib. Tidak kiralah orang tu pegawai besar, orang biasa atau ‘front liner’ seperti jururawat yang kini banyak berkorban untuk masyarakat

Seorang jururawat di Port Dickson mendakwa kerugian RM94,000 akibat ditipu sindiket Macau Scam selepas diperdaya lelaki menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, wanita berusia 31 trahun itu membuat laporan polis pada 5 Jun lalu mendakwa ditipu sindiket tersebut.

“Mangsa menerima panggilan daripada nombor talian mudah alih yang mendakwa daripada LHDN dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 berkaitan syarikat didaftarkan atas namanya.

“Mangsa menafikan perkara ini dan panggilan disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis berpangkat Asisten Komisioner dan diminta untuk memuat turun pautan aplikasi MyBNM.

BERITA BERKAITAN Macau Scam: 12,000 aduan dan RM579 juta ‘lebur’ sejak 2019

Menurutnya, dalam aplikasi itu, pengadu kemudiannya memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.

“Aplikasi ini dikatakan untuk tujuan keselamatan supaya wang di dalam akaun mangsa tidak ditolak untuk tunggakan cukai itu.

“Bagaimanapun, apabila membuat semakan dengan pihak bank, wanita itu mendapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya sudah dipindahkan kepada beberapa akaun tidak dikenali dalam 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai panggilan memaklumkan mereka sebagai badan penguat kuasa atau institusi kewangan.

Selain itu, mereka diminta tidak mendedahkan butiran perbankan kepada pihak tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dan meuat turun apa-apa aplikasi yang tidak dikenalpasti kesahihannya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This