Bendung COVID-19, vaksinasi untuk teruskan pemulihan ekonomi

0
51
Tengku Zafrul Abdul Aziz./ Gambar FB MOF

KERAJAAN komited melakukan yang terbaik bagi membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan proses pemulihan ekonomi dapat diteruskan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rakyat juga boleh memainkan peranan masing-masing dengan memastikan diri mereka divaksin melalui aplikasi MySejahtera.

“Ini penting untuk memastikan ekonomi kita mampu pulih dan kembali berkembang mulai separuh kedua tahun ini,” katanya.

Tengku Zafrul berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-56, yang dikeluarkan hari ini seperti dimuat naik di Facebook beliau.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Hutang negara : Tengku Zafrul jawab tuduhan Najib

Jelas beliau, program vaksinasi yang lancar dan jumlah orang ramai yang mendapat vaksinasi meningkat mampu melonjakkan ekonomi negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kadar vaksinasi dos pertama di Malaysia adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara.

Setakat ini, Malaysia sudah memberi lebih tiga juta dos vaksin COVID-19, termasuk lebih dua juta penerima memperoleh suntikan pertama.

Ini merupakan usaha kerajaan bagi mewujudkan imuniti berkelompok yang disasarkan sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, setakat 28 Mei, 2021, kerajaan telah meluluskan RM12.06 bilion pinjaman mudah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang memberi manfaat kepada 25,605 PKS.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram