Polis cari Sajat bantu siasatan kes tipu kad pengenalan

Dari Penulis

SELEPAS diburu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana gagal hadir dalam kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kini dicari polis lagi bagi kes berlainan.

Usahawan lebih dikenali sebagai Nur Sajat itu dikehendaki pihak polis bagi membantu siasatan kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Sajat yang juga saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai ini.

“Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di No 2 Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petra Jaya, Selangor bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit,” katanya.

Sajat, 36, turut diburu pihak berkuasa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan Sajat didakwa sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Selain itu, Berita Harian melaporkan, pihak polis turut mengesan seorang lelaki berkaitan kes penipuan pelaburan saham yang sedang dalam prosiding perbicaraan di Mahkamah Ampang Jaya.

“Suspek, Cheah Kok Hau yang beralamat terakhir di No 18 Jalan 5, Taman Kandan Batu 8, Jalan Puchong, Puchong, Selangor, didapati tidak hadir pada prosiding perbicaraan kes itu di mahkamah hari ini.

“Kedua-dua individu berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Saya terharu, lega akhirnya dapat jemputan ikhlas daripada Anthony Loke’ – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa terharu dan lega kerana 'akhirnya' mendapat jemputan yang 'ikhlas' daripada...

More Articles Like This