Kes demam denggi menurun 75 peratus, kematian 91 peratus

Dari Penulis

KES demam denggi di seluruh negara menunjukkan trend penurunan sebanyak 75 peratus tahun ini, manakala kematian akibat penyakit itu juga dilaporkan berkurang sebanyak 91 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, bermula Januari sehingga 12 Jun tahun ini, sebanyak 12,188 kes demam denggi dan lapan kematian akibat komplikasi demam tersebut dilaporkan berbanding 48,584 kes demam denggi dan 84 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengajak segenap lapisan masyarakat untuk terus berusaha membendung dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan aedes secara konsisten dan tanpa kompromi.

“Walaupun negara masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19, namun usaha memerangi ancaman wabak Demam Denggi tetap perlu diteruskan memandangkan penyakit demam denggi adalah endemik dan menjadi beban Kesihatan Awam di negara ini sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar sempena Hari Denggi ASEAN yang disambut pada 15 Jun setiap tahun, sejak pertama kali dilancarkan pada 2011.

BERITA BERKAITAN Hanya pembinaan kritikal dibenarkan semasa PKP

Katanya, sambutan Hari Denggi ASEAN bertujuan untuk mewujudkan platform advokasi pelbagai pihak termasuk dalam kalangan masyarakat untuk meneruskan usaha membanteras denggi secara berterusan dan bersepadu.

Pada tahun ini, “10 Minit Hapuskan Aedes” merupakan tema yang dipilih untuk Sambutan Hari Denggi ASEAN peringkat Kebangsaan.

Tema tersebut bertujuan untuk menekankan komitmen dan kerjasama padu dari semua pihak termasuk masyarakat, jabatan, agensi kerajaan mahupun swasta dalam meneruskan usaha membanteras demam denggi.

Melalui pendekatan tema “10 Minit Hapuskan Aedes”, mesej yang ingin disampaikan adalah masyarakat perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan Aedes pada setiap minggu di premis masing-masing.

Dr. Adham berkata, sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, yang mana sebahagian besar waktu individu dan masyarakat diluangkan di rumah, kesempatan itu perlu diambil untuk memastikan kediaman bebas dari tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Usaha pencegahan denggi ini juga turut diperkasakan melalui penglibatan pasukan sukarelawan COMBI di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, peranan yang dimainkan oleh sukarelawan COMBI adalah dengan menjalankan aktiviti promosi pencegahan denggi melalui pendekatan norma baharu seperti media sosial.

Sehingga 31 Mei 2021, terdapat sebanyak 3,084 pasukan COMBI dengan penyertaan sebanyak 28,381 orang sukarelawan terdiri dari komuniti di seluruh negara.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This