Tapak bina langgar SOP diarah henti operasi serta-merta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU tapak pembinaan di Melaka diarahkan untuk menghentikan operasi serta-merta hari ini selepas didapati berdegil tidak mematuhi standard prosedur operasi (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, arahan pemberhentian itu dilaksanakan menerusi operasi penguatkuasaan di tapak bina dilakukan CIDB Melaka.

Katanya, operasi yang dilakukan di sekitar daerah Melaka Tengah itu telah melakukan pemeriksaan di 15 tapak bina dengan 14 daripadanya didapati tidak beroperasi.

Menurut CIDB, kesalahan dikesan di sebuah lagi tapak bina yang beroperasi itu mendapati jumlah pekerja melebihi 60 peratus kehadiran yang dibenarkan.

Selain itu, CIDB memaklumkan, rumah penginapan pekerja yang disediakan di tapak bina tersebut juga tidak mempunyai kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Baca artikel berkaitan: Tiada kompromi! 63 kilang, premis perniagaan langgar SOP diarah tutup – Hamzah

Lagi kilang degil, tak ikut SOP jumlah pekerja

Operasi penguatkuasaan dilakukan pegawai penguat kuasa CIDB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebuah tapak bina telah melanggar SOP PKP 3.0

“Tapak bina berkenaan juga tidak mewujudkan pasukan COVID-19 di samping tidak menyediakan kod QR aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, notis pemberhentian kerja telah dikeluarkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 34B – pelanggaran kewajipan sebagai kontraktor di bawah subseksyen 34 C(1).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan di bawah Akta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, CIDB menegaskan mana-mana kontraktor yang melanggar peruntukan Akta 520 atau mana-mana undang-undang bertulis lain termasuk Akta 342 dan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) boleh dibawa ke prosiding tindakan tatatertib kontraktor.

CIDB memberitahu, kontraktor boleh dikenakan penggantungan dan/atau pembatalan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan/atau dikenakan penalti tidak melebihi RM500,000 atau dikeluarkan mana-mana arahan wajar dari CIDB.

“Penggiat industri pembinaan perlu mematuhi SOP PKP 3.0 terkini yang boleh dimuat turun di www.cidb.gov.my.

“CIDB boleh menutup tapak pembinaan didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan,” jelas CIDB.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This